Tampilkan postingan dengan label Aqidah Akhlak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Aqidah Akhlak. Tampilkan semua postingan

Siapakah Ya'jud dan Ma'jud Itu?

04 Februari 2013

Nabi Muhammad SAW datang kepada para sahabat ketika mereka berbicara tentang sesuatu dan baginda bertanya, “ Apa yang kamu semua bincangkan?” para sahabat menjawab, “kami sedang berbual tentang tanda-tanda hari Kiamat.” 
Kemudian Baginda membalas dengan berkata, “Hari kiamat tidak akan berlaku sebelum…”Baginda menyebutkan 10 tanda, dan ini semua disebut sebagai tanda-tanda besar. Tanda-tanda besar tersebut adalah,
  1. al-Masih Dajal Nabi Penyelamat Palsu.
  2. Yakjuj dan Makjuj atau Gog and Magog.
  3. Turunnya Nabi Isa bin Maryam.
  4. Terbit asap di muka bumi.
  5. Dabbatul Ardh (satu makhluk dari tanah atau bumi)
  6. Matahari terbit dari Barat
  7. Tiga pergerakan bumi
  8. Tiga tanah runtuh
  9. Bumi terbelah dan menelan apa sahaja di laluan belahannya. Ini sebagai amaran kepada Timur, Barat dan Semenanjung Arab.
  10. Api muncul dari Yaman dan akan menghalau umat manusia ke tempat perhimpunan nya. (kemungkinan di Arafah)
 Semua tanda-tanda besar di atas sangat berkait rapat dengan kewujudan Yahudi Bani Israel di muka bumi ini.Konspirasi terancang dan kejahatan mereka bukan sekadar meminda hukum hakam mengikut cita rasa  mereka, bahkan sanggup membunuh para nabi dan Rasul. 
Allah telah berfirman mengenai Bani Israel yang berbangga-bangga dan mendakwa bahawa mereka telah membunuh dan menyalib Putera Maryam dan bercakap besar tentangnya. Mereka telah dihalau dari Tanah Suci Palestine, namun Allah masih menyimpan rasa belas kasihan kepada mereka ketika itu.  
Maksud Firman Allah dalam surah al-Israa ayat 8Mudah-mudahan Tuhan-mu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepada-Mu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kederhakaan) nescaya kami kembali (mengazabmu) dan kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman. 
Namun syarat mendapat belas kasihannya disebut oleh Allah di penghujung surah al-A’araf. Allah berfirman,
(iaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka Itulah orang-orang yang beruntung. 
Allah mensyaratkan mereka menerima Nabi yang ummi (buta huruf). Nabi yang tidak tahu membaca dan menulis dan bukan dari bangsa Yahudi. Jika mereka menerima, mempercayai, mengikuti dan membantunya maka ketika itulah kaum Yahudi layak menerima belas dan keampunan Allah SWT. 
Tatkala nabi Muhammad tiba di Madinah di penghujung Hijrah, ketika itu pintu untuk pengampunan terbuka luas bagi mereka. Pusat para pendeta Yahudi adalah di Madinah. Semua Rabbi berada di sana. Pintu pengampunan itu terbuka selama 17 bulan sehinggalah Allah menutupnya. Kerana setelah 17 bulan ia telah jelas  dan nyata bahawa mereka bukan sekadar menolak Nabi Muhammad sebagai nabi. Mereka mengatakan Muhammad boleh jadi Nabi bagi orang Arab tersebut tetapi bukan bagi mereka. Mereka juga telah menolak al-Quran dan merancang untuk membunuh baginda dan memusnahkan Islam.
Bagaimanakah Allah menutup pintu pengampunan kepada mereka. Allah telah menukar arah kiblat dari al-Aqsa ke Kaabah. Dengan mengubah arah kiblat ini Allah mengisytiharkan bahawa umat tersebut, iaitu Bani Israel sebagai umat yang tinggal dalam sejarah.
  
Mereka adalah umat yang tinggal dalam lipatan sejarah. 
Dan Allah meneruskan firman-Nya
Dan (ingatlah), ketika Tuhan mu memberitahukan, bahawa Sesungguhnya dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya.Sesungguhnya Tuhan mu amat cepat seksa-Nya, dan Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Al-A’raaf :127 
Allah mengumumkan bahawa Dia akan membangkitkan ke atas mereka (Bani Israel) sehingga hari kiamat, golongan yang akan menimpakan ke atas mereka hukuman paling dahsyat.
Ketika hayat Rasulullah SAW, terdapat bukti bahawa Yakjuj dan Makjuj  telah dilepaskan. Banyak buku-buku dan kajian telah membicarakan perkara ini.  Ini bermakna, pada masa ini kita telah hidup pada zaman Yakjuj dan Makjuj. Kita juga telah hidup dalam zaman Dajal. Mereka akan terus bersama kita sehingga turunnya Isa alaihissalam. Baginda akan membunuh Dajal, Nabi Penyelamat Palsu tersebut. Kemudian Allah akan membunuh Yakjuj dan Makjuj sehingga akhirnya Islam akan menguasai dunia. Inilah perbincangan yang sangat penting dan surah al-Kahfi adalah satu-satunya surah dalam al-Quran yang secara umumnya dikenal pasti oleh Rasulullah SAW mempunyai perkaitan dengan Dajal. Selain dari surah al-Anbia, surah al-Kahfi juga menyingkap kisah Yakjuj dan Makjuj.
Untuk memahami sejarah dan pengakhirannya, kita harus memahami dunia ini. Ini adalah kerana kita sedang bergerak menjauhi zaman Nabi Muhammad SAW dan Bani Israel telah dikembalikan ke Tanah Suci (Palestine). Negara Haram Israel pun telah dibangunkan di sana. Untuk memahami semua ini serta pergolakan yang berlaku di Baitul Maqdis hari ini, hanya Surah al-Kahfi sahaja yang akan membawa kefahaman dan mengungkap rahsia tersebut.
Pada mulanya orang-orang Arab sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti sama ada Muhammad itu benar-benar Utusan Allah atau tidak. Lantaran itu, mereka bersetuju menghantar rombongan untuk bertemu Rabbi (Ulama Yahudi) di Madinah. Orang-orang Yahudi lebih mengetahui sifat dan ciri-ciri seorang nabi. Ini kerana sebahagian besar para nabi adalah dari golongan Yahudi. Apabila masalah diajukan, Rabbi itu mengisyaratkan supaya rombongan tersebut bertanya kepada Muhammad tiga soalan sahaja. Jika dia mampu menjawabnya, maka benarlah dia seorang nabi. Hanya orang yang berstatus nabi sahaja mampu menjawab ketiga-tiga soalan tersebut.
Soalan yang diajukan adalah tentang
  1. Pemuda-pemuda pada zaman dahulu yang mempunyai kisah yang sangat mengagumkan.
  2. Seorang pengembara yang mengembara ke dua penghujung dunia.
  3. Tentang Roh.
Apabila rombongan tersebut kembali ke Madinah dan mengajukan soalan tersebut kepada Muhammad, baginda berjanji akan menjawabnya pada hari berikutnya. Setelah beberapa ketika, wahyu Allah turun bagi menjawab persoalan tersebut. Dua dari jawapannya ada di dalam surah al-Kahfi dan jawapan bagi soalan ketiga terdapat dalam surah al-Isra (Bani Israel). Kenapakah jawapan bagi persoalan tersebut berada dalam surah-surah yang berlainan. Jawabnya adalah kerana kedua-dua surah ini mempunyai pertalian dan kaitan yang rapat. Jika kita ingin memahami surah al-Kahfi, kita juga harus beri perhatian pada surah al-Isra.
Esei ini hanya akan menyingkap satu bahagian sahaja dari surah al-Kahfi. Bagi menyingkap persoalan pertama, Allah berfirman
Persoalan yang diajukan adalah berkenaan Zulqarnain. Zulqarnain bermaksud dua tanduk, atau dua zaman. Masa dahulu dan masa hadapan. Zulqarnain adalah gelaran bagi seseorang yang tidak dapat dikenal pasti. Walau bagaimanapun, banyak tulisan dan buku-buku kajian ilmiah di pasaran yang membicarakan personaliti Zulqarnain ini.
Zulqarnain adalah seorang tokoh yang telah dikurniakan oleh Allah dengan kekuasaan yang sangat besar. Kuasa untuk mencapai apa sahaja matlamat yang diingini. Kekuasaannya setaraf dengan penguasa negara-negara kuasa besar pada hari ini. Bezanya, kekuasaan Zulqarnain adalah berasaskan keimanan kepada Allah SWT. Bukan seperti kekuasaan Alexander The Great yang sering disalah anggap sebagai Iskandar Zulqarnain. Alexander the Great diketahui sebagai tokoh yang bergelumang dengan arak dan persundalan.
Jadi, bagaimanakah Zulqarnain menggunakan kekuasaannya itu? Al-Quran menerangkan pengembaraan pertamanya ke arah matahari terbenam (barat). Di sana beliau sampai ke suatu tempat di mana airnya berwarna hitam. Beliau memahami, itu adalah penghujung jalan yang mampu beliau pergi. Di situ beliau terjumpa satu kelompok manusia, dan apakah beliau akan menggunakan kekuasaan beliau sewenang-wenangnya. Seperti penjarah dan penjajah barat lakukan terhadap tamadun umat Islam di Asia dan di Afrika beberapa abad yang lalu.
Zulqarnain berkata bahawa mereka yang melakukan kezaliman dan penindasan akan dihukum. Orang-orang yang zalim, apabila kembali kepada Tuhannya, akan diazab dengan azab yang pedih. Manakala orang yang berbuat baik, akan diperlakukan dengan sebaik-baiknya. Bahkan mereka akan diberi ganjaran.
Kemudian, Zulqarnain meneruskan pengembaraannya ke arah yang bertentangan. Iaitu ke arah matahari terbit (timur). Di sana juga beliau bertemu dengan satu kelompok manusia di mana “kami jadikan mereka tanpa sebarang pelindung” iaitu tanpa sebarang perlindungan dari sebarang ancaman musuh. Mereka adalah kaum yang hidup secara primitif. Jadi, dengan kekuasaan militer yang dimiliki, apakah perlakuan Zulqarnain terhadap mereka kali ini? Adakah seperti perlakuan penjajah Columbus terhadap kaum peribumi, Red Indian di Amerika. Atau seperti perlakuan Sepanyol terhadap tamadun  Maya di Amerika Selatan pada kurun ke-16.
Zulqarnain melakukan muamalah yang sangat baik dengan mereka. Menghulurkan bantuan seperti yang diminta dan membiarkan mereka meneruskan kehidupan harian seperti biasa.
Demikianlah, apabila kekuasaan berdiri di atas keimanan kepada Allah. Keharmonian dan kesejahteraan akan mewarnai kehidupan. Namun itu semua sudah berlalu. Era Zulqarnain telah lama berlalu. Muhammad telah wafat. Namun baginda telah memberi amaran tentang keadaan dunia akhir zaman ini. Baginda meninggalkan surah al-Kahfi sebagai petunjuk dan pedoman untuk umatnya di akhir zaman. Umat akhir zaman yang pernah disebutnya sebagai umat yang akan diberi ganjaran pahala yang lebih besar. Ganjaran atas amal ibadah dan sunah yang dipelihara meskipun tidak pernah bertemu, apatah melihat wajah baginda. 
Kemudian, Zulqarnain telah mengembara ke arah ketiga, iaitu utara. Arah berlainan dari arah terdahulu. Di sana dia telah sampai ke satu laluan di antara dua banjaran gunung. Di laluan tersebut Zulqarnain telah bertemu dengan satu kelompok manusia. Al-Quran telah menggambarkan kelompok manusia ini sebagai
          “…suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan”
atau tidak difahami pertuturan mereka. Tiada sesiapa memahami bahasa mereka. Mengapakah tiada seorang pun memahami bahasa mereka? Jawapannya.. kerana mereka belum pernah berinteraksi dengan dunia luar. Mereka tidak pernah melakukan sebarang aktiviti perniagaan atau mempunyai hubungan perdagangan dengan dunia luar.
Masyarakat yang melakukan aktiviti tersebut pasti menguasai atau sekurang-kurangnya mengetahui bahasa asing. Atau setidak-tidaknya bahasa mereka akan dapat dimengerti oleh sebahagian orang di dunia luar. Ini bermakna mereka tidak pernah berada di pentas sejarah sebagaimana tamadun Cina, Mesir, Babylon dan Mexico. Mereka adalah puak-puak yang tidak bertamadun. Kerana itu mereka tidak dikenali dalam sejarah. Tiada siapa tahu bahasa mereka.
Zulqarnain perlu mendapatkan khidmat seorang juru bahasa supaya dapat berkomunikasi dengan mereka. Ada yang mengetahui tentang sifat kaum tersebut telah memaklumkan kepada Zulqarnain. Allah memberitahu
Ini satu permintaan yang pelik kerana mereka sanggup membuat pembayaran asalkan Zulqarnain membina tembok yang menghalang mereka dari kaum tersebut. Mengapa mereka tidak meminta Zulqarnain pergi dan belasah sahaja kaum tersebut. Bukankah beliau adalah seorang penguasa dunia ketika itu. Ini menunjukkan walaupun Zulqarnain itu seorang yang berkuasa, dia juga tidak mampu menghapuskan mereka. Yakjuj dan Makjuj itu sangat kuat. Apa yang Zulqarnain mampu hanyalah membuat satu tembok.
Apakah jawapan Zulqarnain terhadap permintaan mereka ini? Dia mengesahkan kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki oleh Yakjuj dan Makjuj ini dengan berkata,
Jadi, tembok ini sudah tentulah tembok yang paling kuat yang tidak menggunakan material kitar semula, batu, kayu, lumpur atau sebagainya. Ia dibina dari logam besi.
Zulqarnain membina tembok dan menghalang laluan di antara dua gunung tersebut. Kemudian Zulqarnain berkata, “ Tiupkan api dengan peralatan kamu supaya api menjadi lebih marak. Kemudian dia mencairkan tembaga dan cairan tembaga itu dituang ke atas tembok besi tersebut. Apabila tembok itu disiapkan, Zulqarnain berkata, "Tembok ini adalah satu rahmat dan kasih sayang dari Tuhanku, Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, dia akan menjadikannya pecah dan bolos; dan janji Tuhanku itu adalah benar".
 
  Janji Tuhanku” adalah merupakan salah satu dari 10 tanda-tanda besar kiamat.
 
Dan apabila tembok itu pecah dan bolos, Allah memaklumkan bahawa apabila mereka dilepaskan, mereka akan tersebar seperti gelombang yang akan melanggar sesama mereka. Dan mereka juga akan melanggar semua tembok yang Allah letakkan untuk mengasingkan antara manusia sesama manusia.
Tembok pengasingan sesama manusia ini adalah sempadan adat resam, budaya, bahasa, makanan, pakaian dan sebagainya yang Allah telah takdirkan semenjak kewujudan manusia. Iaitu apabila anak-anak Adam semakin ramai dan berhijrah ke serata pelosok dunia. Anak-anak Adam yang semakin ramai ini akhirnya hidup di merata dunia dengan persekitaran yang berbeza. Inilah yang menyebabkan warna kulit, bahasa, budaya, dan makanan mereka berbeza. Bahkan ajaran dan agama yang tidak pernah diajar oleh para nabi dan rasul pun, mula muncul.
Hasil dari “tembok yang pecah” serta “tersebar seperti gelombang tadi”, maka pada hari ini, bahasa Inggeris telah menjadi bahasa dunia. Wang kertas menggantikan emas dan perak. Papan tanda KFC, Mc Donald, Hamburger, Pepsi, Coca-cola ada di mana-mana. Hampir setiap rumah memiliki telefon mudah alih dan gadget yang canggih. GPRS atau GPS ada di dalam poket. Tiada ruang untuk bersembunyi lagi. Setiap panggilan boleh dirintas. Tiada sekuriti lagi dalam SMS dan email. Astro pula memancarkan gelombang nya dan menguasai 46 peratus jumlah kediaman di Malaysia (2010). Apa yang berlaku di kutub Utara boleh ditonton di bilik tidur. Internet pula menjadikan dunia semakin kecil. Pergerakan semakin pantas. Jadi, apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, maka dunia akan menyaksikan bahawa seluruh dunia akan bersatu bersama membentuk sebuah masyarakat global.
Kemunculan globalisasi ini mencetuskan rasa khuatir bagi orang yang mengerti. Bagi umat Muhammad, kekhuatiran ini memang ada asasnya. Baginda Rasulullah pernah memberikan amaran kepada sahabatnya bahawa setiap 1000 orang, 999 orang akan menjadi masyarakat globalisasi. Hanya mereka yang menentang untuk menjadi sebahagian dari globalisasi Yakjuj dan Makjuj ini akan terselamat. Hanya mereka yang mengikuti kebenaran akan mampu selamat dari serangan ribut Yakjuj dan Makjuj.
Di dalam sahih Muslim terdapat satu hadis Qudsi di mana Allah SWT telah berfirman “Aku telah mencipta satu makhluk-Ku yang sangat kuat hingga tiada siapa melainkan Aku yang dapat mengalahkan mereka.” Kerana itu apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan hanya Zulqarnain yang setanding dengannya. Mereka akan menguasai dunia ini dengan kuasa yang tiada tandingnya. Dan apabila mereka mengambil alih kuasa dunia ini, mereka akan menjadi penguasa dunia. Tetapi kekuasaan mereka adalah berasaskan kerosakan. Mereka adalah kaum yang membuat kerosakan di atas muka bumi ini.
Apakah yang akan berlaku kepada dunia setelah tembok itu runtuh? Pertama, kuasa dunia yang ada pada masa ini pada asasnya adalah “Godless”. Kita tahu kuasa sebenarnya digunakan untuk menghapuskan penzaliman. Jadi apabila kuasa “godless” itu digunakan ke atas manusia, ia akan digunakan untuk menindas. Bagi mereka yang lemah, ketidakadilan sedang diperlakukan kepada mereka.
Kedua, akan berlaku ketidakharmonian di antara kuasa manusia dan kuasa Allah SWT. Siapakah yang mahu hidup di dunia seperti ini? Dunia yang tiada keharmonian. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman akan merasa seperti mahu keluar dari dunia ini. Seperti yang di alami oleh pemuda-pemuda Kahfi. Apabila kuasa tadi berasaskan kepada dasar ‘tidak bertuhan”, kuasa tersebut akan digunakan untuk menghukum mereka yang mempunyai iman. Maka timbullah “Perang Menentang keganasan” (War on Terrorism) Jika kita perasan dan menyedari hal ini, perang ini hanya ditujukan kepada orang-orang Islam sahaja. Ya! Orang-orang Islam sahaja. Semalam, hari ini, dan esok sama sahaja. Tetap orang Islam. Lebih kuat pegangan iman seseorang, lebih besar lagi peluang untuk dia menjadi sasaran. Jika dia seorang yang fasik, dia akan terlepas. Inilah keadaan dunia Yakjuj dan Makjuj seperti yang digambarkan dalam surah al-Kahfi.
Bagaimanakah kuasa itu akan digunakan terhadap cara hidup primitif di seluruh dunia? Apabila Zulqarnain berhadapan dengan mereka, dia membiarkan mereka sebegitu. Tetapi tidak apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan. Dunia mengalami satu fenomena yang ganjil. Kuasa yang ada sekarang digunakan dengan tanpa belas kasihan menghancurkan cara hidup yang primitif. Lihatlah apa yang berlaku di Amerika Utara, di mana orang asli Amerika (Red Indian) telah dihapuskan tanpa belas kasihan. Dihapuskan oleh mereka yang berpakaian dan pergi ke gereja pada setiap hari Ahad. Kemudian mendakwa, “Kamilah orang bertamadun. Ikutilah kami!.”
Penghapusan tanpa belas kasihan cara hidup primitif ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Siapakah majoriti penghuni di dalam penjara di Kanada? Mereka adalah orang asli Indian. Mereka menyumbat penuh penjara-penjara dengan orang asli Indian. Siapakah yang ramai menderita di Australia sekarang? Ya! Kaum peribumi. Jadi penduduk asli di dunia ini akan jadi sasaran dan diserang. Cara hidup primitif akan dihapuskan tanpa simpati. Dan Islam adalah dalam kategori primitif bagi mereka. Inilah dunia pada hari ini apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.Mana-mana kaum asli yang terselamat, mereka akan memakai “jeans biru” dan memakan hamburger Mc Donald’s serta meminum wiski hingga menjadi mabuk. Kerana realiti yang terpaksa mereka hadapi adalah sangat memeritkan untuk ditanggung. Al-Quran telah memberi amaran tentang hal ini. 
BILAKAH YAKJUJ DAN MAKJUJ DILEPASKAN 
Bagaimana untuk kita mengetahui Yakjuj dan Makjuj ini telah dilepaskan? Adakah al-Quran memberitahu kita apa-apa maklumat lagi?
Ya, maklumat ini terdapat dalam surah al-Anbia ayat 95-96. Allah SWT telah berfirman tentang sebuah kota yang telah Dia musnahkan dan penduduknya dihalau.
Bermaksud Allah melarang Bani Israel dari kembali ke negeri tersebut, sehinggalah Yakjuj dan Makjuj dilepaskan. Dan mereka tersebar ke semua arah, dan membuat semua umat manusia menjadi seperti salinan diri mereka sendiri. (melalui perkahwinan campur). Jadi, mereka menjadi pemerintah dunia dan menguasai seluruh dunia ini. Apabila ini berlaku mereka akan kembali ke kota tersebut. 
Berdasarkan pada sumber-sumber yang jelas dari al-Quran dan hadis*, kota tersebut adalah BAITUL MAQDIS. Jadi, ini bermakna, al-Quran sedang memberitahu kita, apabila kamu melihat orang-orang Yahudi di bawa ke tanah suci Baitul Maqdis, ia bermakna pemerintahan dunia Yakjuj dan Makjuj sedang berjalan dan mereka telah membawa masuk orang-orang Yahudi ke tanah suci.
Kini orang-orang Yahudi telah menjarah masuk ke tanah suci dan negara Israel telah ditubuhkan. Sementara kita di negara-negara umat Islam masih terpinga-pinga dengan logo halal,  masih bertekak dalam masalah khilafiah fiqah, masih dan masih dalam perkara yang remeh temeh.
Kini jelas, setelah kita telah mengetahui bahawa Yakjuj dan Makjuj inilah yang bertanggungjawab membawa masuk Yahudi ini ke tanah suci, dan Yakjuj dan Makjuj ini lah yang mengawal seluruh dunia ini, barulah dapat dikenal pasti siapakah Yakjuj dan Makjuj ini. 
SIAPAKAH YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU? 
Suatu ketika, ketika nabi sedang tidur di rumah isterinya, Zainab, baginda ternampak sesuatu di dalam tidurnya. Ia sangat mengejutkan dan baginda terjaga. Mukanya merah padam, dan baginda bersabda,
“Celaka lah orang-orang Arab. Kerana kejahatan yang amat dahsyat kini akan datang kepada mereka” Kemudian baginda menunjukkan tanda bulatan dengan mengenakan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk sambil berkata, “Hari ini sebuah lubang sudah dibuat di tembok.
Tembok yang dimaksudkan adalah tembok yang dibina oleh Zulqarnain. Maknanya ketika itu, pelepasan Yakjuj dan Makjuj sedang berlaku. Kerana pada hari itu Allah Taala telah membuka satu lubang pada tembok tersebut. Tiada siapa yang mampu membuat lubang pada tembok itu kecuali Allah SWT.
Bilakah semua ini berlaku? Ia berlaku ketika Rasulullah di Madinah selepas perubahan kiblat. Pada ketika itu, dalam masa yang sama Allah telah memecahkan tembok tersebut. Ini bermakna Yakjuj dan Makjuj dilepaskan ketika jangka hayat Rasulullah. Adakah kesemua mereka dilepaskan serentak pada masa yang sama? Tidak. Al-Quran telah menegaskan di dalam surah al-Kahfi mereka dilepaskan sedikit demi sedikit seperti gelombang.
Di dalam Hadis Sahih Muslim, Rasulullah menceritakan bahawa gerombolan pertama yang keluar, akan melalui Tasik Tabariyah (Sea of Galilee) di Palestine. Mereka akan meminum airnya. Apabila gerombolan yang terakhir melaluinya mereka akan berkata, “ Dulu pernah terdapat air di sini.”
Oleh sebab ia mengambil masa yang lama untuk menghabiskan semua air dalam tasik itu, ini bermakna pelepasan Yakjuj dan Makjuj akan mengambil satu jangka masa yang amat panjang. Mereka tidak dilepaskan serentak dalam satu waktu. Mereka dilepaskan di dalam jangka hayat Rasulullah.            
 Kini kita akan mengenal pasti siapakah Yakjuj dan Makjuj ini. Siapakah mereka sebenarnya. Ada mereka makhluk berbadan besar setinggi pokok kelapa seperti yang digambarkan oleh guru-guru kita dulu. Adakah mereka ini seperti raksasa yang digambarkan dalam cerita ultra man. Tidak sama sekali.
Pertama, kita mencari manusia yang apabila mereka telah dilepaskan, pertama yang diserang ialah orang yang bahasa pertuturannya tidak dapat difahami. Mereka akan menjadi manusia pertama yang akan menjadi salinan kepada Yakjuj dan Makjuj.
Kedua, apabila dilepaskan mereka akan mempamerkan satu ketaasuban terhadap Tanah Suci. Dan mereka lambat laun akan membawa orang Yahudi kembali ke Tanah Suci. Jadi mereka perlu mengambil alihnya.
Ketiga, apabila mereka dilepaskan, mereka ini lambat laun akan menguasai dunia,
Jadi kita sedang mencari satu bangsa yang mana sebelum zaman nabi Muhammad SAW, mereka bukanlah sesiapa di dunia ini. Mereka tidak pernah dikenali sebelum ini di pentas sejarah dunia. Mereka tidak pernah membangunkan tamadun hebat seperti Mesir, Cina, Babylon, Maya dan sebagainya. Dan mereka tidak pernah mempamerkan sebarang minat istimewa terhadap Tanah Suci sebelum ini. Ini bermakna kita sedang mencari satu bangsa yang wujud selepas zaman nabi Muhammad. Mereka amat berlainan sekali. Mereka kini sedang menguasai dunia. Dan pada masa inilah telah ditakdirkan mereka membentuk satu masyarakat global. Dan seluruh umat manusia akan menjadi seperti salinan diri mereka sendiri.
Jawapannya amat jelas sekali. Sebelum zaman nabi Muhammad, adakah Eropah pernah memiliki tamadun yang hebat? Sebelum zaman nabi Muhammad, adakah Eropah pernah memiliki minat yang amat mendalam terhadap Tanah Suci?  
Sesudah era Nabi Muhammad, bangsa Eropah sudah berlainan dan berubah. Perang Salib telah tercetus dan Eropah mula memeluk Agama Kristian. Dan perang salib kini dilancar untuk mengambil alih Tanah Suci. Hanya bangsa Eropah sahaja yang memiliki ketaasuban untuk mengambil alih Tanah Suci ini. Tidak kepada Kristian bangsa lain. Jadi perang salib ini bukanlah satu fenomena yang mewakili Kristian. Tetapi lebih kepada fenomena bangsa Eropah yang menyamar sebagai Kristian. Dan yang lebih pelik berlaku di Eropah, ada bangsa Eropah yang bertukar menjadi Yahudi. Mereka yang menjadi Yahudi ini menunjukkan ketaasuban yang pelik terhadap Tanah Suci. Merekalah yang membentuk pergerakan yang dikenali sebagai Zionis. 
ZIONIS 
Misi pergerakan Zionis ini adalah untuk membebaskan Tanah Suci, mengembalikan orang Yahudi ke Tanah Suci dan membentuk Negara Israel. Merekalah satu-satunya Yahudi yang mahu berbuat demikian sedang Yahudi lain di seluruh dunia tidak membenarkan semua ini. Seluruh Yahudi lain tidak mahu terlibat dalam perang membebaskan Tanah Suci itu. Kerana mereka beranggapan ia hanya akan berlaku setelah al-Masih kembali. Tetapi Yahudi Eropah menyatakan mereka tidak akan menunggu Nabi Penyelamat. Mereka boleh melakukannya sendiri.
Pergerakan Zionis pada asasnya bukanlah mewakili seluruh pergerakan Yahudi. Mereka pada asasnya adalah bangsa Eropah yang menyamar sebagai Bangsa Yahudi. Mereka adalah bangsa Eropah yang telah meninggalkan agama Kristian dan Yahudi. Mereka telah menjadi Eropah Sekular, iaitu Eropah yang meninggalkan agama. Agama hanya setakat di dalam dinding gereja. Agama yang tidak terlibat dalam seluruh aspek kehidupan.
Pada tahun 1917, Britain telah mencadangkan perjanjian Balfour, yang bertujuan jelas untuk membina penempatan Negara Yahudi. Pada tahun 1919 Britain telah mengalahkan tentera Turki. Dan dalam jangka waktu 1919-1948, bangsa Yahudi menjarah Tanah Suci. Bangsa Eropah lah yang membuka pintu bagi membolehkan bangsa Yahudi berpindah ke Palestine. Bangsa Eropah lah yang menguasai Tanah Suci sekarang. Sebelum itu, Khilafah Othmaniah tidak pernah membenarkan orang Yahudi kembali ke sana. Mereka boleh datang sebagai pelancong tetapi tidak boleh menuntutnya. Tetapi sekarang orang Yahudi sudah kembali dan Negara Israel telah dilahirkan pada 1948.
Jelaslah kini, Yakjuj dan Makjuj telah dilepaskan dari EROPAH. Ya, tapi Eropah bahagian mana? Eropah Barat atau Eropah Timur?.
Sudah dijelaskan apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, maka dunia akan menghadapi kuasa yang tidak dapat dikalahkan.
Apabila Islam muncul, tentera Islam mampu mengalahkan dua kuasa besar di dunia iaitu Empayar Byzantine dan Empayar Parsi. Pada ketika itu Islam adalah penguasa dunia, dan tentera Islam menyerang Eropah dari dua arah. Serangan kecil berlaku di Sepanyol, melalui Gibraltar dan Selatan Perancis. Tetapi serangan besar-besaran adalah melalui pergunungan Caucasus. Laluan antara dua banjaran gunung. Dengan itu tentera Islam melancarkan serangan terhadap Eropah. Tentera itu akhirnya dihentikan dan dikalahkan oleh satu kuasa yang amat kuat. Tidak mampu dikalahkan.
Siapakah mereka? Mereka adalah puak yang muncul dari kawasan Zulqarnain membina temboknya dahulu. Iaitu laluan di antara dua banjaran gunung. Puak yang dahulunya dikenali dalam sejarah sebagai puak Khazar. Mereka inilah yang menunjukkan kekuatan yang tidak mampu dikalahkan. Jadi apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, mereka bukan dilepaskan dari Eropah Barat. Mereka dilepaskan dari Eropah Timur dan mereka ini lah juga yang bertukar menjadi Yahudi. Yahudi Eropah adalah berasal dari puak Khazar ini. Jadi asal usul pertama Yakjuj dan Makjuj adalah dari Eropah Timur. Bukan dari seluruh Eropah, tetapi dari Eropah yang menjadi Yahudi.
Apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, yang pertama dari mereka akan melalui tasik Tabariyah (Sea of Galilee) dan meminum airnya. Dan apabila yang terakhir dari mereka melaluinya , mereka akan berkata, “Dahulu d sini terdapat air.”
Siapakah yang meminum air di situ? Sebanyak manakah air yang tinggal kini?
 
Imej satelit Tasik Tabariyah atau Galilee 
Imej satelit Tasik Tabariyah yang semakin kering
[Tasik Tabariyah atau Galilee adalah tasik air tawar yang terbesar di Palestine. Sepanjang 21 kilometer dan selebar 13 kilometer. Mempunyai kedalaman maksimum 150 kaki  dan berada pada 708 kaki di bawah aras laut. 708 kaki adalah catatan terkini dan terendah, menghampiri tahap merah (bahaya). Paras tersebut terus menurun sehingga pihak berkuasa Israel merayu kepada Barat membantu menyelesaikan masalah mereka. Tasik Tabariyah adalah sumber utama minuman dan pertanian di negara haram Israel itu.]
Hotel-hotel Yahudi di pesisir tasik Tabariyah
Jadi yang meminum air di situ adalah Israel. Hanya Israel satu-satunya yang menggunakan semua air di tasik itu. Maka Yakjuj dan Makjuj dikenal pasti berada di Israel sekarang. Persoalan berikut, siapakah yang bertanggungjawab di Israel dalam meminum air ini? Siapakah yang bertanggungjawab dalam penggunaan air yang sangat besar ini dan ke manakah ia digunakan? Jawapannya bukanlah dalam bidang pertanian sahaja. Tetapi dalam perekonomian industri lah yang menggunakan air yang begitu banyak.  Selain itu ia digunakan untuk menghijaukan padang pasir yang sudah semestinya memerlukan air yang banyak. 
Kerajaan Israel lah yang bertanggungjawab terhadap semua ini. Dan siapakah dalam Kerajaan Israel? Jawabnya Bangsa Yahudi Eropah. Bukan Yahudi Bani Israel. Bani Israel adalah Yahudi yang berasal dari Mesir, Yaman, Iraq, Morocco yang mempunyai pertalian kaum dengan orang Arab. Bani Israel tidak akan menjadi Yahudi Eropah.
Jadi jelas seperti yang digambarkan dalam hadis “mereka melewati tasik Tabariyah dan meminum airnya” bermaksud Yakjuj dan Makjuj yang berasal dari Eropah Timur, dari puak Khazar. Ada sebuah buku yang boleh dibaca di internet mengenai puak ini iaitu puak ke-13. Buku tersebut berjudul “The 13th Tribe”. Yahudi diketahui mempunyai 12 kabilah atau puak. Maka siapa pula puak yang ke-13 itu?
Eropah Timur yang menempatkan bangsa Yakjuj Makjuj
Setelah mengenal pasti siapa Yakjuj dan Makjuj, dapatlah difahami Eropah bukan sahaja bertanggungjawab dalam mengembalikan Yahudi ke Tanah Suci. Tetapi Eropah juga sebenarnya adalah satu tamadun Yakjuj dan Makjuj. Tamadun ini tidak mampu dikalahkan kerana ia adalah satu tamadun yang sentiasa berkembang. Sentiasa menjadi ikutan tamadun lain di seluruh dunia.
Di mana-mana pun di dunia ini, di mana kuasa wujud, ia akan berada di tangan Yakjuj dan Makjuj. Setiap kali kuasa jatuh ke tangan orang yang benar dan beriman, mereka akan dimusnahkan. Mereka tidak akan dibenarkan untuk berkuasa. Orang-orang Islam tidak akan mampu membangunkan sebuah negara Islam pun, selagi Yahudi berada di Tanah Suci. Negara tersebut pasti akan dimusnahkan. Orang-orang mungkin boleh membangunkan sebuah negara Islam di pedalaman, tetapi tidak di peringkat pusat.
Apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan dan orang-orang Yahudi telah kembali ke tanah Suci, maka pementasan drama terhebat sudah berada di depan mata. Drama itu adalah seluruh dunia akan menunjukkan tanda seolah-olah inilah dia pengakhiran sejarah. Di mana tiada siapa lagi yang mampu menggantikan mereka yang menguasai dunia sekarang. Arnold Toynbee, ketika menulis bukunya, “Civilization on Trail” pada tahun 1940-an telah beranggapan bahawa Tamadun Barat telah tiba dan tamadun-tamadun sebelumnya hanya tinggal sejarah. Termasuklah tamadun Islam.
Francis Fukuyama
Kemudian dalam tahun 1992, Francis Fukuyama dalam bukunya ‘The end of History” juga memberikan kesimpulan yang sama. Sebabnya adalah kerana mereka adalah Yakjuj dan Makjuj dan tiada siapa akan mampu mengalahkan mereka. Tetapi apakah mereka akan kekal selamanya? Adakah mereka yang menguasai bumi hari ini akan terus menguasai buat selamanya?

Manfaat Menunaikan Sholat Fardhu Dipangkal Waktu

02 Februari 2013

Janganlah sampai kita umat Islam meninggalkan yang namanya shalat wajib 5 waktu, karena begitu besar faedah dan manfaat yang bisa kita dapatkan tanpa kita sadari. Bagaimanapun keadaannya, selama masih bernafas, seorang muslim wajib hukumnya untuk menjalankan sahalat 5 waktu ini.
Apalagi kalau menjalankannya di awal waktu serta berjamaah.

Barang siapa yang mengerjakan sholat fardhu di awal waktu maka:


  1. Ia akan di cintai Allah
  2. Badannya akan sehat
  3. Keberadaannya di jaga malaikat
  4. Rumahnya di berkahi Allah
  5. Wajahnya akan menampakan jati dirinya yg shalih
  6. Hatinya akan lembut
  7. Ia akan melewati shirothol mustaqim seperti kilat
  8. Ia akan selamat dari siksa neraka
  9. Ia akan di tempatkan Allah di surga.

(riwayat: Ustman bin Affan)

Saat terindah bagi seorang pecinta adalah ketika ia bertemu, bercengkrama, dan berdialog dengan orang yang dicintainya.
Ketika itu, segala beban hidup dan kenistapaan akan hilang seketika. Bagi orang beriman, bertemu Allah lewat shalat adalah saat yang paling dinantikan, karena pada waktu itulah ia bisa mencurahkan semua isi hati dan bermi'raj menuju Allah.

4 Golongan Wanita Ahli Surga Dan Wanita Ahli Neraka

01 Februari 2013

4 Wanita ahli surga

1. Wanita yang menjaga diri dari berbuat haram, berbakti pada Allah swt, Rasul dan suaminya.

2. Wanita yang menerima dengan senang hati keadaan serba kekurangan dengan suaminya dan
banyak keturunannya serta penyabar.

3. Wanita yang bersifat pemalu dan bila suaminya pergi ia menjaga diri dan harta suaminya dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perbuatan yang tidak layak.

4. Wanita yang ditinggal mati suaminya dan mempunyai anak masih kecil lalu menahan dirinya untuk kawin lagi karena ingin mengurus anak-anak dan mendidik serta memperlakukannya dengan baik, dan bersedia kawin lagi karena khawatir anaknya akan sia-sia/ terlantar.

4 Wanita ahli neraka (kecuali telah bertobat)

1. Wanita yang mulutnya jelek pada suaminya dan jika suaminya pergi ia tidak menjaga dirinya
danjika suaminya datang ia memaki/memarahinya.

2. Wanita yang memaksa suaminya membeli apa yang suaminya tidak mampu.

3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain dan keluar rumah dengan menampakkan
perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian laki-laki lain.

4. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur serta tidak berbakti pada Allah swt dan suaminya.

Manfaat Sholat Fardhu

31 Januari 2013

Janganlah sampai kita umat Islam meninggalkan yang namanya shalat wajib 5 waktu, karena begitu besar faedah dan manfaat yang bisa kita dapatkan tanpa kita sadari. Bagaimanapun keadaannya, selama masih bernafas, seorang muslim wajib hukumnya untuk menjalankan sahalat 5 waktu ini.
Apalagi kalau menjalankannya di awal waktu serta berjamaah.

Barang siapa yang mengerjakan sholat fardhu di awal waktu maka:


  1. Ia akan di cintai Allah
  2. Badannya akan sehat
  3. Keberadaannya di jaga malaikat
  4. Rumahnya di berkahi Allah
  5. Wajahnya akan menampakan jati dirinya yg shalih
  6. Hatinya akan lembut
  7. Ia akan melewati shirothol mustaqim seperti kilat
  8. Ia akan selamat dari siksa neraka
  9. Ia akan di tempatkan Allah di surga.

(riwayat: Ustman bin Affan)

Saat terindah bagi seorang pecinta adalah ketika ia bertemu, bercengkrama, dan berdialog dengan orang yang dicintainya.
Ketika itu, segala beban hidup dan kenistapaan akan hilang seketika. Bagi orang beriman, bertemu Allah lewat shalat adalah saat yang paling dinantikan, karena pada waktu itulah ia bisa mencurahkan semua isi hati dan bermi'raj menuju Allah.

30 Macam Kesalahan Didalam Sholat

30 Januari 2013

Apa saja keslahan yang sering dilakukan dalam shalat, mari kita simak artikel berikut ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya yang petama kali akan dihisab atas seorang hamba pada hari kiamat adalah perkara shalat. Jika Shalatnya baik, maka baikpula seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan dihitung atas hal itu." (HR. An Nasa’I : 463).

Banyak orang yang lalai dalam shalat, tanpa sengaja melakukan kesalahan-kesal¬ahan yang tidak diketahuinya, yang mungkin bisa membuat amalan shalatnya tidak sempurna.

1. Menunda–nunda Shalat dari waktu yang telah ditetapkan
Hal ini merupakan pelanggaran berdasarkan firman Allah SWT

"Sesungguhnya shalat suatu kewajiban yang telah ditetepkan waktunya bagi orang-orang beriman". (QS. An-Nisa : 103)

2. Tidak shalat berjamah di masjid bagi laki-laki

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang mendengar panggilan (adzan) kemudian tidak menjawabnya (dengan mendatangi shalat berjamaah), kecuali uzur yang dibenarkan." (HR. Ibnu Majah Shahih)

Dalam hadits bukhari dan Muslim disebutkan. "Lalu aku bangkit (setelah shalat dimulai) dan pergi menuju orang-orang yang tidak menghadiri shalat berjamaah, kemudian aku akan membakar rumah-rumah mereka hingga rata dengan tanah."

3. Tidak tuma’minah dalam shalat

Makna tuma’minah adalah, seseorang yang melakukan shalat, diam (tenang) dalam rukuk, i’tidal, sujud dan duduk diantara dua sujud. Dia harus ada pada posisi tersebut, dimana setiap ruas-ruas tulang ditempatkan pada tempatnya yang sesuai. Tiak boleh terburu-buru di antara dua gerakan dalam shalat, sampai dia seleasi tuma’ninah dalam posisi tertentu sesuai waktunya.

Nabi SAW bersabda kepada seseorang yang tergegesa dalam shalatnya tanpa memperlihatkan tuma;minah dengan benar,
"Ulangi shalatmu, sebab kamu belum melakukan shalat." (HR.Bukhari)

4. Tidak khusu' dalam shalat, dan melakukan gerakan-gerakan¬ yang berlebihan di dalamnya.

Rasulallah SAW bersabda,
"Sesungguhnya, seseorang beranjak setelah mengerjakan shalatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh untuk shalatnya, sepersembilan, seperdelapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setangah darinya. " (HR. Abu Dawud, Shahih)

Mereka tidak mendapat pahala shalatnya dengan sempurna disebabkan tidak adanya kekhusyu’an dalam hati atau melakukan gerakan-gerakan yang melalaikan dalam shalat.

5. Sengaja mendahului gerakan iman atau tidak mengikuti gerakan-gerakannya.

Perbuatan ini dapat membatalkan shalat atau rakaat-rakaat. Merupakan suatu kewajiban bagi mukmin untuk mengikuti imam secara keseluruhan tanpa mendahuluinya atau melambat-lambat-kan sesudahnya pada setiap rakaat shalat.

Rasulallah SAW bersabda,
"Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti keseluruhannya. Jika ia bertakbir maka bertakbirlah, dan jangan bertakbir sampai imam bertakbir, dan jika dia ruku’ maka ruku’lah dan jangan ruku’ sampai imam ruku’." (HR. Bukhari)

6. Berdiri untuk melengkapi rakaat yang tertinggal sebelum imam menyelesaikan tasyahud akhir dengan mengucap salam ke kiri dan kekanan.

Rasulullah SAW bersabda,
"Jangan mendahuluiku dalam ruku’, sujud dan jangan pergi dari shalat (Al-Insiraf)."

Para ulama berpedapat bahwa Al-Insiraf, ada pada tasyahud akhir.
Seseorang yang mendahului imam harus tetap pada tempatnya sampai imam menyelesaikan shalatnya (sempurna salamnya). Baru setalah itu dia berdiri dan melengkapi rakaat yang tertinggal.

7. Melafadzkan niat.

Tidak ada keterangan dari nabi SAW maupun dari para sahabat bahwa meraka pernah melafadzkan niat shalat.

Ibnul Qayyim ra menyatakan dalam Zadul-Ma’ad,
"Ketika Nabi SAW berdiri untuk shalat beliau mengucapkan "Allahu Akbar", dan tidak berkata apapun selain itu.   Beliau (Nabi SAW) juga tidak melafalkan niatnya dengan keras.

8. Membaca Al-Qur’an dalam ruku’ atau selama sujud.

Hal ini dilarang, berdasarkan sebuah riwayat dari Ibnu Abbas ra. bahwa,
Nabi SAW bersabda, "saya telah dilarang untuk membaca Al-Qur’an selama ruku’ atau dalam sujud." (HR. Muslim)

9. Memandang ke atas selama shalat atau melihat ke kiri dan ke kanan tanpa alasan tertentu.

Rasulullah SAW bersabda,
"Cegalah orang-orang itu untuk mengangkat pandangan keatas atau biarkan pandangan mereka tidak kembali lagi." (HR. Muslim)

10. Melihat ke sekeliling tanpa ada keperluan apapun.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, bahwa ia berkata,
"Aku berkata kepada Rasulallah SAW tentang melihat ke sekeliling dalam shalat Nabi SAW menjawab, "Itu adalah curian yang sengaja dibisikan setan pada umat dalam shalatnya." (HR. Bukhari)

11. Seorang wanita yang tidak menutupi kepala dan kakinya dalam shalat.

Sabda Rasulullah SAW,
"Allah tidak menerima shalat wanita yang sudah mencapai usia-haid, kecuali jiak dia memakai jilbab (khimar)." (HR. Ahmad)

12. Berjalan di depan orang yang shalat baik orang yang dilewati di hadapanya itu sebagai imam, maupun sedang shalat sendirian dan melangka (melewati) di antara orang selama khutbah shalat Jum’at.

Rasulullah SAW bersabda,
"Jika orang yang melintas didepan orang yang sedang shalat mengetahui betapa beratnya dosa baginya melakukan hal itu, maka akan lebih baik baginya untuk menunggu dalam hitungan 40 tahun dari pada berjalan didepan orang shalat itu." (HR. Bukhari dan Muslim).

Adapun lewat diantara shaf orang yang sedang shalat berjamaah, maka hal itu diperbolehkan menurut jumhur bedasarkan hadits Ibnu Abbas ra :
"Saya datang dengan naik keledai, sedang saya pada waktu itu mendekati baligh."

Rasulullah SAW sedang shalat bersama orang –orang Mina menghadap kedinding. Maka saya lewat didepan sebagian shaf, lalu turun dan saya biarkan keledai saya, maka saya masuk kedalam shaf dan tidak ada seorangpun yang mengingkari perbuatan saya."
(HR. Al-Jamaah).

Ibnu Abdil Barr berkata,
"Hadits Ibnu Abbas ini menjadi pengkhususan dari hadits Abu Sa’id yang berbunyi “Jika salah seorang dari kalian shalat, jangan biarkan seseorangpun lewat didepannya." (Fathul Bari: 1/572)

13. Tidak mengikuti imam (pada posisi yang sama) ketika datang terlambat baik ketika imam sedang duduk atau sujud.

Sikap yang dibenarkan bagi seseorang yang memasuki masjid adalah segera mengikuti imam pada posisi bagaimanapun, baik dia sedang sujud atau yang lainnya.

14. Seseorang bermain dengan pakaian atau jam atau yang lainnya.

Hal ini mengurangi kekhusyu’an. Rasulallah SAW, melarang mengusap krikil selama shalat, karna dapat merusak kekhusyu’an.
Nabi SAW bersabda,
"Jika salah seorang dari kalian sedang shalat, cegahlah ia untuk tidak menghapus krikil sehingga ampunan datang padanya." (Hadits Shahih Riwayat Ahmad)

15. Menutup mata tanpa alasan.

Hal ini makruh sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, "Menutup mata buka dari sunnah Rasulullah SAW."
Yang terbaik adalah, jika membuka mata tidak merusak kekhusyu’an shalat, maka lebih baik melakukannya. Namun jika hiasan, ornament dan sebagainya disekitar orang yang shalat atau antara dirinya dengan kiblat mengganggu konsentrasinya,¬ maka dipoerbolehkan menutup mata.

Namun demikian pernyataan untuk melakukan hal itu dianjurkan (mustahab) pada kasus ini.
Wallahu A’lam.

16. Makan atau minum atau tertawa.

Para ulama berkesimpulan orang yang shalat dilarang makan dan minum. Juga ada kesepakatan diantara mereka bahwa jika seseorang melakukannya dengan sengaja maka ia harus mengulang shalatnya.

17. Mengeraskan suara hingga mengganggu orang-orang di sekitarnya.

Ibnu Taimuiyah menyatakan,
"Siapapun yang membaca Al-Qur’an dan orang lain sedang shlat sunnah, maka tidak dibenarkan baginya untuk membacanya dengan suara keras karena akan mengganggu mereka. Sebab, Nabi SAW pernah meninggalkan sahabat-sahabat¬nya ketika mereka shalat ashar dan Beliau (Nabi SAW)bersabda, “Hai manusia, setiap kalian mencari pertolongan dari Robb kalian. Namun demikian, jangan berlebihan satu sama lain dengan bacaan kalian."

18. Menyela di antara orang yang sedang shalat.

Perbuatan ini terlarang, karena akan mengganggu. Orang yang hendak menunaikan shalat hendaknya shalat pada tempat yang ada. Namun jika ia melihat celah yang memungkinkan baginya untuk melintas dan tidak mengganggu, maka hal ini di perbolehkan.

Larangan ini lebih ditekankan pada jama’ah shalat Jum’at, hal ini betul-betul dilarang. Nabi SAW bersabda tentang mereka yang melintasi batas shalat, "Duduklah! Kamu mengganggu dan terlambat datang."

19. Tidak meluruskan shaf.

Nabi SAW bersabda,
"Luruskan shafmu, sesungguhnya meluruskan shaf adalah bagian dari mendirikan shalat yang benar." (HR. Bukhari dan Muslim).

20. Mengangkat kaki dalam sujud.

Hal ini bertentangan dengan ynag diperintahkan sebagaimana diriwayatkan dalam dua hadits shahih dari Ibnu Abbas ra.
"Nabi SAW telah memerintah bersujud dengan tujuh anggota tubuh dan tidak mengangkat rambur atau dahi (termasuk hidung), dua telapak tangan, dua lutut, dan dua telapak kaki."

Jadi seseorang yang shalat (dalam sujud), harus dengan dua telapak kaki menyentuk lantai dan menggerakan jari-jari kaki menghadap kiblat. Tiap bagian kaki haris menyentuk lantai. Jika diangkat salah satu dari kakinya, sujudnya tidak benar. Sepanjang dia lakukan itu dalam sujud.

21. Meletakkan tangan kiri di atas tangan kanan dan memposisikannya¬ di leher.

Hal ini berlawanan dengan sunnah karena Nabi Saw meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkan keduanya di dada beliau. Ini hadits hasan dari beberapa sumber yang lemah di dalamya. Tapi dalam hubungannya saling menguatkan di antara satu dengan lainnya.

22. Tidak berhati-hati untuk melakukan sujud dengan tujuh angota tubuh (seperti dengan hidung, kedua telapak tangan, kedua lutuk dan jari-jari kedua telapak kaki).

Rasulallah SAW bersabda,
"Jika seorang hamba sujud, maka tujuh anggota tubuh harus ikut sujud bersamanya: wajah, kedu telapak tangan kedua lutut dan kedua kaki."
(HR. Muslim)

23. Menyembunyikan persendian tulang dalam shalat.
Ini adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dalam shalat. Hal ini didasarkan pad sebuah hadits dengan sanad yang baik dari Shu’bah budak Ibnu Abbas yang berkata, “Aku shalat di samping Ibnu Abbas dan aku menyembunyikan persedianku.” Selesai shalat di berkata, “Sesungguhnya kamu kehilangan ibumu! karena menyembunyikan persendian ketika kamu shalat!”.

24. Membunyikan dan mempermainkan antar jari-jari (tasbik) selama dan sebelum shalat.

Rasulallah SAW bersabda,
"Jika salah seorang dari kalian wudhu dan pergi kemasjid untuk shalat, cegahlah dia memainkan tangannya karena (waktu itu) ia sudah termasuk waktu shalat." (HR. Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi)

25. Menjadikan seseorang sebagai imam, padahal tidak pantas, dan ada orang lain yang lebih berhak. Merupakan hal yang penting, bahwa seorang imam harus memiliki pemahaman tentang agama dan mampu membaca Al-Qur’an dengan benar.

Sebagaimana sabda Nabi SAW,
"Imam bagi manusia adalah yang paling baik membaca Al-Qur’an." (HR. Muslim)

26. Wanita masuk ke masjid dengan mempercantik diri atau memakai harum-haruman.
Nabi SAW bersabda,
"Jangan biarkan perempuan yang berbau harum menghadiri shalat isya bersama kita." (HR. Muslim)

27. Shalat dengan pakaian yang bergambar, apalagi gambar makhluk bernyawa.

Termasuk pakaian yang terdapat tulisan atau sesuatu yang bisa merusak konsentrasi orang yang shalat di belakangnya.

28. Shalat dengan sarung, gamis dan celana musbil (melebihi mata kaki).

Banyak hadits rasulallah SAW yang meyebutkan larangan berbuat isbal diantaranya :

A. Rasulallah SAW bersabda : 
"sesungguhnya Allah tidak menerima shalat seseorang lelaki yang memakai sarung dengan cara musbil." (HR. Abu Dawud (1/172 no. 638)

B. Rasulallah SAW bersabda :
"Allah SWT tidak (akan) melihat shalat seseorang yang mengeluarkan sarungnya sampai ke bawah (musbil) dengan perasaan sombong." (Shahih Ibnu Khuzaimah 1/382)

C. Rasulallah SAW bersabda :
"Sarung yang melebihi kedua mata kaki, maka pelakunya di dalam neraka." (HR.Bukhari : 5887)

29. Shalat di atas pemakaman atau menghadapnya.
Rasulallah SAW bersabda,
"Jangan kalian menjadikan kuburan sebagai masjid. Karena sesungguhnya aku telah melarang kalian melakukan hal itu."
(HR. Muslim : 532)

30. Shalat tidak menghadap ke arah sutrah (pembatas).

Nabi SAW melarang perbuatan tersebut seraya bersabda :
"Apabila salah seorang diantara kalian shalat menghadap sutrah, hendaklah ia mendekati sutrahnya sehingga setan tidak dapat memutus shalatnya."
(Shahih Al-Jami’ : 650)