Nabi
Muhammad SAW datang kepada para sahabat ketika mereka berbicara tentang
sesuatu dan baginda bertanya, “ Apa yang kamu semua bincangkan?” para
sahabat menjawab, “kami sedang berbual tentang tanda-tanda hari Kiamat.”
Kemudian Baginda membalas dengan berkata, “Hari kiamat tidak akan berlaku sebelum…”Baginda menyebutkan 10 tanda, dan ini semua disebut sebagai tanda-tanda besar. Tanda-tanda besar tersebut adalah,
al-Masih Dajal Nabi Penyelamat Palsu.
Yakjuj dan Makjuj atau Gog and Magog.
Turunnya Nabi Isa bin Maryam.
Terbit asap di muka bumi.
Dabbatul Ardh (satu makhluk dari tanah atau bumi)
Matahari terbit dari Barat
Tiga pergerakan bumi
Tiga tanah runtuh
Bumi terbelah dan menelan apa sahaja di laluan belahannya. Ini sebagai amaran kepada Timur, Barat dan Semenanjung Arab.
Api muncul dari Yaman dan akan menghalau umat manusia ke tempat perhimpunan nya. (kemungkinan di Arafah)
Semua
tanda-tanda besar di atas sangat berkait rapat dengan kewujudan Yahudi
Bani Israel di muka bumi ini.Konspirasi terancang dan kejahatan mereka
bukan sekadar meminda hukum hakam mengikut cita rasa mereka, bahkan sanggup membunuh para nabi dan Rasul.
Allah
telah berfirman mengenai Bani Israel yang berbangga-bangga dan mendakwa
bahawa mereka telah membunuh dan menyalib Putera Maryam dan bercakap
besar tentangnya. Mereka telah dihalau dari Tanah Suci Palestine, namun
Allah masih menyimpan rasa belas kasihan kepada mereka ketika itu.
Maksud Firman Allah dalam surah al-Israa ayat 8Mudah-mudahan
Tuhan-mu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepada-Mu; dan sekiranya kamu
kembali kepada (kederhakaan) nescaya kami kembali (mengazabmu) dan kami
jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman.
Namun syarat mendapat belas kasihannya disebut oleh Allah di penghujung surah al-A’araf. Allah berfirman,
(iaitu)
orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka
dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang
menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari
mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik
dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka
beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang
yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya
yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka Itulah
orang-orang yang beruntung.
Allah
mensyaratkan mereka menerima Nabi yang ummi (buta huruf). Nabi yang
tidak tahu membaca dan menulis dan bukan dari bangsa Yahudi. Jika mereka
menerima, mempercayai, mengikuti dan membantunya maka ketika itulah
kaum Yahudi layak menerima belas dan keampunan Allah SWT.
Tatkala
nabi Muhammad tiba di Madinah di penghujung Hijrah, ketika itu pintu
untuk pengampunan terbuka luas bagi mereka. Pusat para pendeta Yahudi
adalah di Madinah. Semua Rabbi berada di sana. Pintu pengampunan itu
terbuka selama 17 bulan sehinggalah Allah menutupnya. Kerana setelah 17
bulan ia telah jelas dan
nyata bahawa mereka bukan sekadar menolak Nabi Muhammad sebagai nabi.
Mereka mengatakan Muhammad boleh jadi Nabi bagi orang Arab tersebut
tetapi bukan bagi mereka. Mereka juga telah menolak al-Quran dan
merancang untuk membunuh baginda dan memusnahkan Islam.
Bagaimanakah
Allah menutup pintu pengampunan kepada mereka. Allah telah menukar arah
kiblat dari al-Aqsa ke Kaabah. Dengan mengubah arah kiblat ini Allah
mengisytiharkan bahawa umat tersebut, iaitu Bani Israel sebagai umat
yang tinggal dalam sejarah.
Mereka adalah umat yang tinggal dalam lipatan sejarah.
Dan Allah meneruskan firman-Nya
Dan
(ingatlah), ketika Tuhan mu memberitahukan, bahawa Sesungguhnya dia
akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat
orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang
seburuk-buruknya.Sesungguhnya Tuhan mu amat cepat seksa-Nya, dan Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Al-A’raaf :127
Allah
mengumumkan bahawa Dia akan membangkitkan ke atas mereka (Bani Israel)
sehingga hari kiamat, golongan yang akan menimpakan ke atas mereka
hukuman paling dahsyat.
Ketika hayat Rasulullah SAW, terdapat bukti bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dilepaskan. Banyak buku-buku dan kajian telah membicarakan perkara ini. Ini
bermakna, pada masa ini kita telah hidup pada zaman Yakjuj dan Makjuj.
Kita juga telah hidup dalam zaman Dajal. Mereka akan terus bersama kita
sehingga turunnya Isa alaihissalam. Baginda akan membunuh Dajal, Nabi
Penyelamat Palsu tersebut. Kemudian Allah akan membunuh Yakjuj dan
Makjuj sehingga akhirnya Islam akan menguasai dunia. Inilah perbincangan
yang sangat penting dan surah al-Kahfi adalah satu-satunya surah dalam
al-Quran yang secara umumnya dikenal pasti oleh Rasulullah SAW mempunyai
perkaitan dengan Dajal. Selain dari surah al-Anbia, surah al-Kahfi juga
menyingkap kisah Yakjuj dan Makjuj.
Untuk
memahami sejarah dan pengakhirannya, kita harus memahami dunia ini. Ini
adalah kerana kita sedang bergerak menjauhi zaman Nabi Muhammad SAW dan
Bani Israel telah dikembalikan ke Tanah Suci (Palestine). Negara Haram
Israel pun telah dibangunkan di sana. Untuk
memahami semua ini serta pergolakan yang berlaku di Baitul Maqdis hari
ini, hanya Surah al-Kahfi sahaja yang akan membawa kefahaman dan
mengungkap rahsia tersebut.
Pada
mulanya orang-orang Arab sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengenal
pasti sama ada Muhammad itu benar-benar Utusan Allah atau tidak.
Lantaran itu, mereka bersetuju menghantar rombongan untuk bertemu Rabbi
(Ulama Yahudi) di Madinah. Orang-orang Yahudi lebih mengetahui sifat dan
ciri-ciri seorang nabi. Ini kerana sebahagian besar para nabi adalah
dari golongan Yahudi. Apabila masalah diajukan, Rabbi itu mengisyaratkan
supaya rombongan tersebut bertanya kepada Muhammad tiga soalan sahaja.
Jika dia mampu menjawabnya, maka benarlah dia seorang nabi. Hanya orang
yang berstatus nabi sahaja mampu menjawab ketiga-tiga soalan tersebut.
Soalan yang diajukan adalah tentang
Pemuda-pemuda pada zaman dahulu yang mempunyai kisah yang sangat mengagumkan.
Seorang pengembara yang mengembara ke dua penghujung dunia.
Tentang Roh.
Apabila
rombongan tersebut kembali ke Madinah dan mengajukan soalan tersebut
kepada Muhammad, baginda berjanji akan menjawabnya pada hari berikutnya.
Setelah beberapa ketika, wahyu Allah turun bagi menjawab persoalan
tersebut. Dua dari jawapannya ada di dalam surah al-Kahfi dan jawapan
bagi soalan ketiga terdapat dalam surah al-Isra (Bani Israel). Kenapakah
jawapan bagi persoalan tersebut berada dalam surah-surah yang
berlainan. Jawabnya adalah kerana kedua-dua surah ini mempunyai
pertalian dan kaitan yang rapat. Jika kita ingin memahami surah
al-Kahfi, kita juga harus beri perhatian pada surah al-Isra.
Esei ini hanya akan menyingkap satu bahagian sahaja dari surah al-Kahfi. Bagi menyingkap persoalan pertama, Allah berfirman
Persoalan
yang diajukan adalah berkenaan Zulqarnain. Zulqarnain bermaksud dua
tanduk, atau dua zaman. Masa dahulu dan masa hadapan. Zulqarnain adalah
gelaran bagi seseorang yang tidak dapat dikenal pasti. Walau
bagaimanapun, banyak tulisan dan buku-buku kajian ilmiah di pasaran yang
membicarakan personaliti Zulqarnain ini.
Zulqarnain
adalah seorang tokoh yang telah dikurniakan oleh Allah dengan kekuasaan
yang sangat besar. Kuasa untuk mencapai apa sahaja matlamat yang
diingini. Kekuasaannya setaraf dengan penguasa negara-negara kuasa besar
pada hari ini. Bezanya, kekuasaan Zulqarnain adalah berasaskan keimanan
kepada Allah SWT. Bukan seperti kekuasaan Alexander The Great yang
sering disalah anggap sebagai Iskandar Zulqarnain. Alexander the Great
diketahui sebagai tokoh yang bergelumang dengan arak dan persundalan.
Jadi,
bagaimanakah Zulqarnain menggunakan kekuasaannya itu? Al-Quran
menerangkan pengembaraan pertamanya ke arah matahari terbenam (barat).
Di sana beliau sampai ke suatu tempat di mana airnya berwarna hitam.
Beliau memahami, itu adalah penghujung jalan yang mampu beliau pergi. Di
situ beliau terjumpa satu kelompok manusia, dan apakah beliau akan
menggunakan kekuasaan beliau sewenang-wenangnya. Seperti penjarah dan
penjajah barat lakukan terhadap tamadun umat Islam di Asia dan di Afrika
beberapa abad yang lalu.
Zulqarnain
berkata bahawa mereka yang melakukan kezaliman dan penindasan akan
dihukum. Orang-orang yang zalim, apabila kembali kepada Tuhannya, akan
diazab dengan azab yang pedih. Manakala orang yang berbuat baik, akan
diperlakukan dengan sebaik-baiknya. Bahkan mereka akan diberi ganjaran.
Kemudian,
Zulqarnain meneruskan pengembaraannya ke arah yang bertentangan. Iaitu
ke arah matahari terbit (timur). Di sana juga beliau bertemu dengan satu
kelompok manusia di mana “kami jadikan mereka tanpa sebarang pelindung”
iaitu tanpa sebarang perlindungan dari sebarang ancaman musuh. Mereka
adalah kaum yang hidup secara primitif. Jadi, dengan kekuasaan militer
yang dimiliki, apakah perlakuan Zulqarnain terhadap mereka kali ini?
Adakah seperti perlakuan penjajah Columbus terhadap kaum peribumi, Red
Indian di Amerika. Atau seperti perlakuan Sepanyol terhadap tamadun Maya di Amerika Selatan pada kurun ke-16.
Zulqarnain
melakukan muamalah yang sangat baik dengan mereka. Menghulurkan bantuan
seperti yang diminta dan membiarkan mereka meneruskan kehidupan harian
seperti biasa.
Demikianlah,
apabila kekuasaan berdiri di atas keimanan kepada Allah. Keharmonian
dan kesejahteraan akan mewarnai kehidupan. Namun itu semua sudah
berlalu. Era Zulqarnain telah lama berlalu. Muhammad telah wafat. Namun
baginda telah memberi amaran tentang keadaan dunia akhir zaman ini.
Baginda meninggalkan surah al-Kahfi sebagai petunjuk dan pedoman untuk
umatnya di akhir zaman. Umat akhir zaman yang pernah disebutnya sebagai
umat yang akan diberi ganjaran pahala yang lebih besar. Ganjaran atas
amal ibadah dan sunah yang dipelihara meskipun tidak pernah bertemu,
apatah melihat wajah baginda.
Kemudian,
Zulqarnain telah mengembara ke arah ketiga, iaitu utara. Arah berlainan
dari arah terdahulu. Di sana dia telah sampai ke satu laluan di antara
dua banjaran gunung. Di laluan tersebut Zulqarnain telah bertemu dengan
satu kelompok manusia. Al-Quran telah menggambarkan kelompok manusia ini
sebagai
“…suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan”
atau
tidak difahami pertuturan mereka. Tiada sesiapa memahami bahasa mereka.
Mengapakah tiada seorang pun memahami bahasa mereka? Jawapannya..
kerana mereka belum pernah berinteraksi dengan dunia luar. Mereka tidak
pernah melakukan sebarang aktiviti perniagaan atau mempunyai hubungan
perdagangan dengan dunia luar.
Masyarakat
yang melakukan aktiviti tersebut pasti menguasai atau
sekurang-kurangnya mengetahui bahasa asing. Atau setidak-tidaknya bahasa
mereka akan dapat dimengerti oleh sebahagian orang di dunia luar. Ini
bermakna mereka tidak pernah berada di pentas sejarah sebagaimana
tamadun Cina, Mesir, Babylon dan Mexico. Mereka adalah puak-puak yang
tidak bertamadun. Kerana itu mereka tidak dikenali dalam sejarah. Tiada
siapa tahu bahasa mereka.
Zulqarnain
perlu mendapatkan khidmat seorang juru bahasa supaya dapat
berkomunikasi dengan mereka. Ada yang mengetahui tentang sifat kaum
tersebut telah memaklumkan kepada Zulqarnain. Allah memberitahu
Ini
satu permintaan yang pelik kerana mereka sanggup membuat pembayaran
asalkan Zulqarnain membina tembok yang menghalang mereka dari kaum
tersebut. Mengapa mereka tidak meminta Zulqarnain pergi dan belasah
sahaja kaum tersebut. Bukankah beliau adalah seorang penguasa dunia
ketika itu. Ini menunjukkan walaupun Zulqarnain itu seorang yang
berkuasa, dia juga tidak mampu menghapuskan mereka. Yakjuj dan Makjuj
itu sangat kuat. Apa yang Zulqarnain mampu hanyalah membuat satu tembok.
Apakah
jawapan Zulqarnain terhadap permintaan mereka ini? Dia mengesahkan
kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki oleh Yakjuj dan Makjuj ini dengan
berkata,
Jadi,
tembok ini sudah tentulah tembok yang paling kuat yang tidak
menggunakan material kitar semula, batu, kayu, lumpur atau sebagainya.
Ia dibina dari logam besi.
Zulqarnain
membina tembok dan menghalang laluan di antara dua gunung tersebut.
Kemudian Zulqarnain berkata, “ Tiupkan api dengan peralatan kamu supaya
api menjadi lebih marak. Kemudian dia mencairkan tembaga dan cairan
tembaga itu dituang ke atas tembok besi tersebut. Apabila tembok itu
disiapkan, Zulqarnain berkata, "Tembok ini adalah satu rahmat dan kasih
sayang dari Tuhanku, Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, dia akan
menjadikannya pecah dan bolos; dan janji Tuhanku itu adalah benar".
“Janji Tuhanku” adalah merupakan salah satu dari 10 tanda-tanda besar kiamat.
Dan
apabila tembok itu pecah dan bolos, Allah memaklumkan bahawa apabila
mereka dilepaskan, mereka akan tersebar seperti gelombang yang akan
melanggar sesama mereka. Dan mereka juga akan melanggar semua tembok
yang Allah letakkan untuk mengasingkan antara manusia sesama manusia.
Tembok
pengasingan sesama manusia ini adalah sempadan adat resam, budaya,
bahasa, makanan, pakaian dan sebagainya yang Allah telah takdirkan
semenjak kewujudan manusia. Iaitu apabila anak-anak Adam semakin ramai
dan berhijrah ke serata pelosok dunia. Anak-anak Adam yang semakin ramai
ini akhirnya hidup di merata dunia dengan persekitaran yang berbeza.
Inilah yang menyebabkan warna kulit, bahasa, budaya, dan makanan mereka
berbeza. Bahkan ajaran dan agama yang tidak pernah diajar oleh para nabi
dan rasul pun, mula muncul.
Hasil
dari “tembok yang pecah” serta “tersebar seperti gelombang tadi”, maka
pada hari ini, bahasa Inggeris telah menjadi bahasa dunia. Wang kertas
menggantikan emas dan perak. Papan tanda KFC, Mc Donald, Hamburger,
Pepsi, Coca-cola ada di mana-mana. Hampir setiap rumah memiliki telefon
mudah alih dan gadget yang canggih. GPRS atau GPS ada di dalam poket.
Tiada ruang untuk bersembunyi lagi. Setiap panggilan boleh dirintas.
Tiada sekuriti lagi dalam SMS dan email. Astro pula memancarkan
gelombang nya dan menguasai 46 peratus jumlah kediaman di Malaysia
(2010). Apa yang berlaku di kutub Utara boleh ditonton di bilik tidur.
Internet pula menjadikan dunia semakin kecil. Pergerakan semakin pantas.
Jadi, apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, maka dunia akan menyaksikan
bahawa seluruh dunia akan bersatu bersama membentuk sebuah masyarakat
global.
Kemunculan
globalisasi ini mencetuskan rasa khuatir bagi orang yang mengerti. Bagi
umat Muhammad, kekhuatiran ini memang ada asasnya. Baginda Rasulullah
pernah memberikan amaran kepada sahabatnya bahawa setiap 1000 orang, 999
orang akan menjadi masyarakat globalisasi. Hanya mereka yang menentang
untuk menjadi sebahagian dari globalisasi Yakjuj dan Makjuj ini akan
terselamat. Hanya mereka yang mengikuti kebenaran akan mampu selamat
dari serangan ribut Yakjuj dan Makjuj.
Di
dalam sahih Muslim terdapat satu hadis Qudsi di mana Allah SWT telah
berfirman “Aku telah mencipta satu makhluk-Ku yang sangat kuat hingga
tiada siapa melainkan Aku yang dapat mengalahkan mereka.” Kerana itu
apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan hanya Zulqarnain yang setanding
dengannya. Mereka akan menguasai dunia ini dengan kuasa yang tiada
tandingnya. Dan apabila mereka mengambil alih kuasa dunia ini, mereka
akan menjadi penguasa dunia. Tetapi kekuasaan mereka adalah berasaskan
kerosakan. Mereka adalah kaum yang membuat kerosakan di atas muka bumi
ini.
Apakah
yang akan berlaku kepada dunia setelah tembok itu runtuh? Pertama,
kuasa dunia yang ada pada masa ini pada asasnya adalah “Godless”. Kita
tahu kuasa sebenarnya digunakan untuk menghapuskan penzaliman. Jadi
apabila kuasa “godless” itu digunakan ke atas manusia, ia akan digunakan
untuk menindas. Bagi mereka yang lemah, ketidakadilan sedang
diperlakukan kepada mereka.
Kedua,
akan berlaku ketidakharmonian di antara kuasa manusia dan kuasa Allah
SWT. Siapakah yang mahu hidup di dunia seperti ini? Dunia yang tiada
keharmonian. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman akan merasa
seperti mahu keluar dari dunia ini. Seperti yang di alami oleh
pemuda-pemuda Kahfi. Apabila kuasa tadi berasaskan kepada dasar ‘tidak
bertuhan”, kuasa tersebut akan digunakan untuk menghukum mereka yang
mempunyai iman. Maka timbullah “Perang Menentang keganasan” (War on
Terrorism) Jika kita perasan dan menyedari hal ini, perang ini hanya
ditujukan kepada orang-orang Islam sahaja. Ya! Orang-orang Islam sahaja.
Semalam, hari ini, dan esok sama sahaja. Tetap orang Islam. Lebih kuat
pegangan iman seseorang, lebih besar lagi peluang untuk dia menjadi
sasaran. Jika dia seorang yang fasik, dia akan terlepas. Inilah keadaan
dunia Yakjuj dan Makjuj seperti yang digambarkan dalam surah al-Kahfi.
Bagaimanakah
kuasa itu akan digunakan terhadap cara hidup primitif di seluruh dunia?
Apabila Zulqarnain berhadapan dengan mereka, dia membiarkan mereka
sebegitu. Tetapi tidak apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan. Dunia
mengalami satu fenomena yang ganjil. Kuasa yang ada sekarang digunakan
dengan tanpa belas kasihan menghancurkan cara hidup yang primitif.
Lihatlah apa yang berlaku di Amerika Utara, di mana orang asli Amerika
(Red Indian) telah dihapuskan tanpa belas kasihan. Dihapuskan oleh
mereka yang berpakaian dan pergi ke gereja pada setiap hari Ahad.
Kemudian mendakwa, “Kamilah orang bertamadun. Ikutilah kami!.”
Penghapusan
tanpa belas kasihan cara hidup primitif ini masih berlaku sehingga ke
hari ini. Siapakah majoriti penghuni di dalam penjara di Kanada? Mereka
adalah orang asli Indian. Mereka menyumbat penuh penjara-penjara dengan
orang asli Indian. Siapakah yang ramai menderita di Australia sekarang?
Ya! Kaum peribumi. Jadi penduduk asli di dunia ini akan jadi sasaran dan
diserang. Cara hidup primitif akan dihapuskan tanpa simpati. Dan Islam
adalah dalam kategori primitif bagi mereka. Inilah dunia pada hari ini
apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.Mana-mana
kaum asli yang terselamat, mereka akan memakai “jeans biru” dan memakan
hamburger Mc Donald’s serta meminum wiski hingga menjadi mabuk. Kerana
realiti yang terpaksa mereka hadapi adalah sangat memeritkan untuk
ditanggung. Al-Quran telah memberi amaran tentang hal ini.
BILAKAH YAKJUJ DAN MAKJUJ DILEPASKAN
Bagaimana untuk kita mengetahui Yakjuj dan Makjuj ini telah dilepaskan? Adakah al-Quran memberitahu kita apa-apa maklumat lagi?
Ya,
maklumat ini terdapat dalam surah al-Anbia ayat 95-96. Allah SWT telah
berfirman tentang sebuah kota yang telah Dia musnahkan dan penduduknya
dihalau.
Bermaksud
Allah melarang Bani Israel dari kembali ke negeri tersebut, sehinggalah
Yakjuj dan Makjuj dilepaskan. Dan mereka tersebar ke semua arah, dan
membuat semua umat manusia menjadi seperti salinan diri mereka sendiri.
(melalui perkahwinan campur). Jadi, mereka menjadi pemerintah dunia dan
menguasai seluruh dunia ini. Apabila ini berlaku mereka akan kembali ke
kota tersebut.
Berdasarkan
pada sumber-sumber yang jelas dari al-Quran dan hadis*, kota tersebut
adalah BAITUL MAQDIS. Jadi, ini bermakna, al-Quran sedang memberitahu
kita, apabila kamu melihat orang-orang Yahudi di bawa ke tanah suci
Baitul Maqdis, ia bermakna pemerintahan dunia Yakjuj dan Makjuj sedang
berjalan dan mereka telah membawa masuk orang-orang Yahudi ke tanah
suci.
Kini
orang-orang Yahudi telah menjarah masuk ke tanah suci dan negara Israel
telah ditubuhkan. Sementara kita di negara-negara umat Islam masih
terpinga-pinga dengan logo halal, masih bertekak dalam masalah khilafiah fiqah, masih dan masih dalam perkara yang remeh temeh.
Kini
jelas, setelah kita telah mengetahui bahawa Yakjuj dan Makjuj inilah
yang bertanggungjawab membawa masuk Yahudi ini ke tanah suci, dan Yakjuj
dan Makjuj ini lah yang mengawal seluruh dunia ini, barulah dapat
dikenal pasti siapakah Yakjuj dan Makjuj ini.
SIAPAKAH YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU?
Suatu
ketika, ketika nabi sedang tidur di rumah isterinya, Zainab, baginda
ternampak sesuatu di dalam tidurnya. Ia sangat mengejutkan dan baginda
terjaga. Mukanya merah padam, dan baginda bersabda,
“Celaka
lah orang-orang Arab. Kerana kejahatan yang amat dahsyat kini akan
datang kepada mereka” Kemudian baginda menunjukkan tanda bulatan dengan
mengenakan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk sambil berkata,
“Hari ini sebuah lubang sudah dibuat di tembok.
”Tembok
yang dimaksudkan adalah tembok yang dibina oleh Zulqarnain. Maknanya
ketika itu, pelepasan Yakjuj dan Makjuj sedang berlaku. Kerana pada hari
itu Allah Taala telah membuka satu lubang pada tembok tersebut. Tiada
siapa yang mampu membuat lubang pada tembok itu kecuali Allah SWT.
Bilakah
semua ini berlaku? Ia berlaku ketika Rasulullah di Madinah selepas
perubahan kiblat. Pada ketika itu, dalam masa yang sama Allah telah
memecahkan tembok tersebut. Ini bermakna Yakjuj dan Makjuj dilepaskan
ketika jangka hayat Rasulullah. Adakah kesemua mereka dilepaskan
serentak pada masa yang sama? Tidak. Al-Quran telah menegaskan di dalam
surah al-Kahfi mereka dilepaskan sedikit demi sedikit seperti gelombang.
Di
dalam Hadis Sahih Muslim, Rasulullah menceritakan bahawa gerombolan
pertama yang keluar, akan melalui Tasik Tabariyah (Sea of Galilee) di
Palestine. Mereka akan meminum airnya. Apabila gerombolan yang terakhir
melaluinya mereka akan berkata, “ Dulu pernah terdapat air di sini.”
Oleh
sebab ia mengambil masa yang lama untuk menghabiskan semua air dalam
tasik itu, ini bermakna pelepasan Yakjuj dan Makjuj akan mengambil satu
jangka masa yang amat panjang. Mereka tidak dilepaskan serentak dalam
satu waktu. Mereka dilepaskan di dalam jangka hayat Rasulullah.
Kini
kita akan mengenal pasti siapakah Yakjuj dan Makjuj ini. Siapakah
mereka sebenarnya. Ada mereka makhluk berbadan besar setinggi pokok
kelapa seperti yang digambarkan oleh guru-guru kita dulu. Adakah mereka
ini seperti raksasa yang digambarkan dalam cerita ultra man. Tidak sama
sekali.
Pertama,
kita mencari manusia yang apabila mereka telah dilepaskan, pertama yang
diserang ialah orang yang bahasa pertuturannya tidak dapat difahami.
Mereka akan menjadi manusia pertama yang akan menjadi salinan kepada
Yakjuj dan Makjuj.
Kedua,
apabila dilepaskan mereka akan mempamerkan satu ketaasuban terhadap
Tanah Suci. Dan mereka lambat laun akan membawa orang Yahudi kembali ke
Tanah Suci. Jadi mereka perlu mengambil alihnya.
Ketiga, apabila mereka dilepaskan, mereka ini lambat laun akan menguasai dunia,
Jadi
kita sedang mencari satu bangsa yang mana sebelum zaman nabi Muhammad
SAW, mereka bukanlah sesiapa di dunia ini. Mereka tidak pernah dikenali
sebelum ini di pentas sejarah dunia. Mereka tidak pernah membangunkan
tamadun hebat seperti Mesir, Cina, Babylon, Maya dan sebagainya. Dan
mereka tidak pernah mempamerkan sebarang minat istimewa terhadap Tanah
Suci sebelum ini. Ini bermakna kita sedang mencari satu bangsa yang
wujud selepas zaman nabi Muhammad. Mereka amat berlainan sekali. Mereka
kini sedang menguasai dunia. Dan pada masa inilah telah ditakdirkan
mereka membentuk satu masyarakat global. Dan seluruh umat manusia akan
menjadi seperti salinan diri mereka sendiri.
Jawapannya
amat jelas sekali. Sebelum zaman nabi Muhammad, adakah Eropah pernah
memiliki tamadun yang hebat? Sebelum zaman nabi Muhammad, adakah Eropah
pernah memiliki minat yang amat mendalam terhadap Tanah Suci?
Sesudah
era Nabi Muhammad, bangsa Eropah sudah berlainan dan berubah. Perang
Salib telah tercetus dan Eropah mula memeluk Agama Kristian. Dan perang
salib kini dilancar untuk mengambil alih Tanah Suci. Hanya bangsa Eropah
sahaja yang memiliki ketaasuban untuk mengambil alih Tanah Suci ini.
Tidak kepada Kristian bangsa lain. Jadi perang salib ini bukanlah satu
fenomena yang mewakili Kristian. Tetapi lebih kepada fenomena bangsa
Eropah yang menyamar sebagai Kristian. Dan yang lebih pelik berlaku di
Eropah, ada bangsa Eropah yang bertukar menjadi Yahudi. Mereka yang
menjadi Yahudi ini menunjukkan ketaasuban yang pelik terhadap Tanah
Suci. Merekalah yang membentuk pergerakan yang dikenali sebagai Zionis.
ZIONIS
Misi
pergerakan Zionis ini adalah untuk membebaskan Tanah Suci,
mengembalikan orang Yahudi ke Tanah Suci dan membentuk Negara Israel.
Merekalah satu-satunya Yahudi yang mahu berbuat demikian sedang Yahudi
lain di seluruh dunia tidak membenarkan semua ini. Seluruh Yahudi lain
tidak mahu terlibat dalam perang membebaskan Tanah Suci itu. Kerana
mereka beranggapan ia hanya akan berlaku setelah al-Masih kembali.
Tetapi Yahudi Eropah menyatakan mereka tidak akan menunggu Nabi
Penyelamat. Mereka boleh melakukannya sendiri.
Pergerakan
Zionis pada asasnya bukanlah mewakili seluruh pergerakan Yahudi. Mereka
pada asasnya adalah bangsa Eropah yang menyamar sebagai Bangsa Yahudi.
Mereka adalah bangsa Eropah yang telah meninggalkan agama Kristian dan
Yahudi. Mereka telah menjadi Eropah Sekular, iaitu Eropah yang
meninggalkan agama. Agama hanya setakat di dalam dinding gereja. Agama
yang tidak terlibat dalam seluruh aspek kehidupan.
Pada
tahun 1917, Britain telah mencadangkan perjanjian Balfour, yang
bertujuan jelas untuk membina penempatan Negara Yahudi. Pada tahun 1919
Britain telah mengalahkan tentera Turki. Dan dalam jangka waktu
1919-1948, bangsa Yahudi menjarah Tanah Suci. Bangsa Eropah lah yang
membuka pintu bagi membolehkan bangsa Yahudi berpindah ke Palestine.
Bangsa Eropah lah yang menguasai Tanah Suci sekarang. Sebelum itu,
Khilafah Othmaniah tidak pernah membenarkan orang Yahudi kembali ke
sana. Mereka boleh datang sebagai pelancong tetapi tidak boleh
menuntutnya. Tetapi sekarang orang Yahudi sudah kembali dan Negara
Israel telah dilahirkan pada 1948.
Jelaslah kini, Yakjuj dan Makjuj telah dilepaskan dari EROPAH. Ya, tapi Eropah bahagian mana? Eropah Barat atau Eropah Timur?.
Sudah dijelaskan apabila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, maka dunia akan menghadapi kuasa yang tidak dapat dikalahkan.
Apabila
Islam muncul, tentera Islam mampu mengalahkan dua kuasa besar di dunia
iaitu Empayar Byzantine dan Empayar Parsi. Pada ketika itu Islam adalah
penguasa dunia, dan tentera Islam menyerang Eropah dari dua arah.
Serangan kecil berlaku di Sepanyol, melalui Gibraltar dan Selatan
Perancis. Tetapi serangan besar-besaran adalah melalui pergunungan
Caucasus. Laluan antara dua banjaran gunung. Dengan itu tentera Islam
melancarkan serangan terhadap Eropah. Tentera itu akhirnya dihentikan
dan dikalahkan oleh satu kuasa yang amat kuat. Tidak mampu dikalahkan.
Siapakah
mereka? Mereka adalah puak yang muncul dari kawasan Zulqarnain membina
temboknya dahulu. Iaitu laluan di antara dua banjaran gunung. Puak yang
dahulunya dikenali dalam sejarah sebagai puak Khazar. Mereka inilah yang
menunjukkan kekuatan yang tidak mampu dikalahkan. Jadi apabila Yakjuj
dan Makjuj dilepaskan, mereka bukan dilepaskan dari Eropah Barat. Mereka
dilepaskan dari Eropah Timur dan mereka ini lah juga yang bertukar
menjadi Yahudi. Yahudi Eropah adalah berasal dari puak Khazar ini. Jadi
asal usul pertama Yakjuj dan Makjuj adalah dari Eropah Timur. Bukan dari
seluruh Eropah, tetapi dari Eropah yang menjadi Yahudi.
Apabila
Yakjuj dan Makjuj dilepaskan, yang pertama dari mereka akan melalui
tasik Tabariyah (Sea of Galilee) dan meminum airnya. Dan apabila yang
terakhir dari mereka melaluinya , mereka akan berkata, “Dahulu d sini
terdapat air.”
Siapakah yang meminum air di situ? Sebanyak manakah air yang tinggal kini?
Imej satelit Tasik Tabariyah atau Galilee
Imej satelit Tasik Tabariyah yang semakin kering
[Tasik
Tabariyah atau Galilee adalah tasik air tawar yang terbesar di
Palestine. Sepanjang 21 kilometer dan selebar 13 kilometer. Mempunyai
kedalaman maksimum 150 kaki dan berada pada 708 kaki di bawah aras laut. 708 kaki adalah catatan terkini dan terendah, menghampiri tahap merah (bahaya). Paras
tersebut terus menurun sehingga pihak berkuasa Israel merayu kepada
Barat membantu menyelesaikan masalah mereka. Tasik Tabariyah adalah
sumber utama minuman dan pertanian di negara haram Israel itu.]
Hotel-hotel Yahudi di pesisir tasik Tabariyah
Jadi
yang meminum air di situ adalah Israel. Hanya Israel satu-satunya yang
menggunakan semua air di tasik itu. Maka Yakjuj dan Makjuj dikenal pasti
berada di Israel sekarang. Persoalan berikut, siapakah yang
bertanggungjawab di Israel dalam meminum air ini? Siapakah yang
bertanggungjawab dalam penggunaan air yang sangat besar ini dan ke
manakah ia digunakan? Jawapannya bukanlah dalam bidang pertanian sahaja.
Tetapi dalam perekonomian industri lah yang menggunakan air yang begitu
banyak. Selain itu ia digunakan untuk menghijaukan padang pasir yang sudah semestinya memerlukan air yang banyak.
Kerajaan
Israel lah yang bertanggungjawab terhadap semua ini. Dan siapakah dalam
Kerajaan Israel? Jawabnya Bangsa Yahudi Eropah. Bukan Yahudi Bani
Israel. Bani Israel adalah Yahudi yang berasal dari Mesir, Yaman, Iraq,
Morocco yang mempunyai pertalian kaum dengan orang Arab. Bani Israel
tidak akan menjadi Yahudi Eropah.
Jadi
jelas seperti yang digambarkan dalam hadis “mereka melewati tasik
Tabariyah dan meminum airnya” bermaksud Yakjuj dan Makjuj yang berasal
dari Eropah Timur, dari puak Khazar. Ada sebuah buku yang boleh dibaca
di internet mengenai puak ini iaitu puak ke-13. Buku tersebut berjudul
“The 13th Tribe”. Yahudi diketahui mempunyai 12 kabilah atau puak. Maka
siapa pula puak yang ke-13 itu?
Eropah Timur yang menempatkan bangsa Yakjuj Makjuj
Setelah
mengenal pasti siapa Yakjuj dan Makjuj, dapatlah difahami Eropah bukan
sahaja bertanggungjawab dalam mengembalikan Yahudi ke Tanah Suci. Tetapi
Eropah juga sebenarnya adalah satu tamadun Yakjuj dan Makjuj. Tamadun
ini tidak mampu dikalahkan kerana ia adalah satu tamadun yang sentiasa
berkembang. Sentiasa menjadi ikutan tamadun lain di seluruh dunia.
Di
mana-mana pun di dunia ini, di mana kuasa wujud, ia akan berada di
tangan Yakjuj dan Makjuj. Setiap kali kuasa jatuh ke tangan orang yang
benar dan beriman, mereka akan dimusnahkan. Mereka tidak akan dibenarkan
untuk berkuasa. Orang-orang Islam tidak akan mampu membangunkan sebuah
negara Islam pun, selagi Yahudi berada di Tanah Suci. Negara tersebut
pasti akan dimusnahkan. Orang-orang mungkin boleh membangunkan sebuah
negara Islam di pedalaman, tetapi tidak di peringkat pusat.
Apabila
Yakjuj dan Makjuj dilepaskan dan orang-orang Yahudi telah kembali ke
tanah Suci, maka pementasan drama terhebat sudah berada di depan mata.
Drama itu adalah seluruh dunia akan menunjukkan tanda seolah-olah inilah
dia pengakhiran sejarah. Di mana tiada siapa lagi yang mampu
menggantikan mereka yang menguasai dunia sekarang. Arnold Toynbee,
ketika menulis bukunya, “Civilization on Trail” pada tahun 1940-an telah
beranggapan bahawa Tamadun Barat telah tiba dan tamadun-tamadun
sebelumnya hanya tinggal sejarah. Termasuklah tamadun Islam.
Francis Fukuyama
Kemudian
dalam tahun 1992, Francis Fukuyama dalam bukunya ‘The end of History”
juga memberikan kesimpulan yang sama. Sebabnya adalah kerana mereka
adalah Yakjuj dan Makjuj dan tiada siapa akan mampu mengalahkan mereka.
Tetapi apakah mereka akan kekal selamanya? Adakah mereka yang menguasai
bumi hari ini akan terus menguasai buat selamanya?